Wednesday 5 August 2009

PEMBORONG SERAI KE SINGAPURA

*dipetik dari laman sesawang sahabat pertanian
Salam Sejahtera

Saya mendapati setelah sekian lama menjalankan usaha pemborongan serai untuk dijual ke Singapura, bahawa suatu kerugian telah berlaku kepada penanam serai GAJAH bumiputera. Harga yang dijual kepada orang tengah(seperti saya) ialah antara RM1.20 - RM1.50 sekilo. Pemborong seperti saya pula menjual tak lebih dari RM2.00 sekilo kepada pemborong besar di Johor Bahru yang kemudian menjual pula kepada pembeli terus di singapura dalam matawang dollar singapura sebanyak S2.00 -S3.00 (atau RM4.50 - RM7.00) .


Harga runcit serai di Singapura ialah RM9.00 sekilo atau S4.00 sekilo.Sampai bila mereka akan terus untung besar saya pun tak tahu.Setelah mengkaji dengan teliti bagaimanakah cara untuk mengatasi perkara ini maka saya disini telah belajar dari sejarah. Mari kita lihat sejarah Syarikat Hindia Timur Belanda(VOC). Mereka telah monopoli perdagangan rempah dari Asia Tenggara kerana ada bekalan yang dikawal oleh mereka, pengangkutan (kapal laut)yang hebat dan pasaran yang luas di Eropah.Di sini saya telah belajar sesuatu.Jika kita ingin keuntungan maksimun, maka kita semua harus bersatu dibawah satu bumbung.

Anda semua yang menanam serai GAJAH saya pelawa untuk berkongsi perniagaan ini bersama saya. Pemasaran dan pengangkutan akan disediakan oleh saya. Bekalan di sediakan oleh anda. Kita tolak harga kos serai keluar dari ladang di campur dengan kos transport dan selepas itu keuntungan dibahagi dua.Anda sebagai penanam akan menikmati keuntungan yang tinggi kerana harga keluar dari ladang akan lebih tinggi berbanding jika anda menjual kepada pemborong traditional. Sebagai contoh : Harga ladang ialah RM2.00 sekilo sementara kos transport ialah 0.50 untuk setiap kilo.Harga serai yang boleh saya jual kepada pembeli terus Singapura ialah RM4.50 sekilo.Oleh itu keuntungan untuk setiap kilo ialah RM2.00. Anda ambil RM1.00 dan saya sebagai pengedar akan ambil RM1.00 untuk setiap kilo. Oleh itu jumlah pulangan sebenar kepada anda sebagai penanam serai GAJAH ialah RM2.00 (harga keluar ladang) di campur dengan RM1.00 (keuntungan dari pengedaran ke Singapura).


Anda bakal mendapat RM3.00 untuk setiap kilo.Konsep ini lebih baik dari contract farming dan jauh lebih baik dari menjual kepada pemborong dengan sistem traditional. Sebagai rakan kongsi anda berhak melihat resit jualan dan senarai pembeli(outlet) di Singapura. Pendek kata segalanya adalah telus. Suatu perjanjian hitam putih akan dibekalkan kepada anda. Perjanjian tidak mengikat. Jika saya gagal membeli, maka anda bebas menjual kepada pihak lain.Dan juga jika anda gagal membekalkan kepada saya serai (akibat dari semulajadi seperti kerosakan tanaman dan sebagainya) maka saya juga akan bebas membeli dari pihak lain. Jika berminat sila sms kepada saya di 016-7051374 (Osman)


Kebaikan Sistem Perkongsian

1) Penanam boleh mendapatkan pulangan semaksimun mungkin dari hasil jualan.


2) Penanam boleh mendapatkan pulangan mengikut harga pasaran semasa. Sememangnya harga serai keluar dari ladang telah di tetapkan pada suatu harga di dalam perjanjian. Tetapi pulangan dari keuntungan jualan akan mengikut harga semasa.


Contoh :


Pada harga jualan RM4.50, penanam / pengedar akan mendapat untung RM2.00
Pada harga jualan RM5.00, penanam/pengedar akan mendapat untung RM2.50
Lebihan keuntungan jualan sebanyak 0.50 akan dibahagi dua antara penanam dan pengedar
Oleh itu sistem ini melindungi penanam serai kerana jika berlaku penurunan harga ianya tidak akan melibatkan harga serai yang keluar dari ladang. Penurunan harga cuma mengakibatkan kekurangan keuntungan dari segi jualan. Tetapi jika berlaku kenaikan harga, penanam serai akan menikmati hasil yang lebih tinggi dari keuntungan pengedaran.


3) Bagi pihak pemborong pula tetap terdapat kelebihan. Pemborong akan berkongsi risiko pengedaran bersama penanam. Risiko yang dimaksudkan adalah terma pembayaran dari pihak pembeli. Apabila terlalu ramai pembeli yang berdaftar dengan pemborong, sudah tentu bukan semuanya akan membayar secara COD (tunai). Sebahagian akan membayar secara bertempoh. Ada yang membayar selama 3 hari atau 7 hari. Semakin besar sesebuah syarikat, maka semakin lama masa yang diperlukan untuk membayar.Ini adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Dan di sini juga orang Melayu di kalahkan dalam "perang pemborongan". Modal yang kecil dari pemborong Melayu mengakibatkan mereka hanya dapat bermain di "tepi" sahaja berbanding bangsa asing yang memiliki modal besar. Malahan mereka sanggup menerima terma pembayaran sehingga 30 hari dari Pasar Raya besar seperti Tesco, Giant dll.


Dalam sistem perkongsian, penanam dan pengedar akan bersama-sama menguruskan pembayaran dari pihak pembeli. Jika pembeli tidak membayar secara COD, maka kedua-dua pihak akan bersama-sama menunggu sehingga pembayaran di keluarkan oleh pihak pembeli seperti yang telah di persetujui sebelum urusniaga. Ada kilang yang menawarkan COD tetapi ada juga yang menawarkan pembayaran bertempoh selama 3 hari atau 7 hari. Tetapi jika pembelian Pasar Borong terma pembayaran adalah COD sahaja. Dengan demikian pihak pemborong seperti saya akan memiliki kelebihan untuk mendapatkan seberapa ramai pembeli tanpa risau memikirkan mengenai modal pusingan tunai. Oleh yang demikian daya saing yang tinggi akan wujud di sini. Apabila saya telah memiliki bekalan yang banyak disertakan pula dengan pembeli atau pasaran yang banyak, maka saya telah mendapatkan 3 syarat yang cukup sepertimana yang saya nyatakan seperti diatas.


Saya ulangi sekali lagi syarat untuk menguasai usaha pemborongan.



1) Kuasai bekalan
2)Kuasai pengangkutan
3)Kuasai pasaran

1 comment:

  1. lu main cut n paste aje x de matlamat langsung

    ReplyDelete