Friday 4 December 2009

Perjalanan Ini..

Perjalanan Seorang Petani Moden...

Salam...
mmg agak lama saya x mengupdate blog ini...
hampir 3 bulan...

mencari permata di sebalik himpunan kaca...

agak penat...
tp perjalanan perlu di teruskan...

petang tadi saya baru je deal untuk mencari pekerja di ladang kelapa sawit milik rakan saya..
saya mengenali tauke yg mmg ada agensi tuk membekal pekerja asing yang sah dan juga ada x sah terselit seorang dua..hehehehe...

biasala tu...nak wat permit mahal...
tp sahabat saya ni nak pekerja yg sah sahaja...
x kesah pasal bayaran permit tu..
nak cari rejeki halal katenye...
alham dulillah..
sama2 la kita cr rejeki yg halal..

sementelaah itu..
saya telah mengupdate post baru...
dan barangan tersebut mmg mendapat permintaan yang tinggi sekarang..

tempahan mmg setiap hr ada walaupun saya hanya menjual dr mulut ke mulut sahaja...

ada yg bertanya...

*x leh kasi murah lg ker?
saya kata
*harga paling murah dah ni..
tmpt laen saya pernah jumpa 2x ganda harga
yg saya jual..
Saya siap bg nama tempat klu pembeli tersebut x percaya..
Jd...saya rasa cukup sampai di sini..laen kali saya update lg...
Salam Petani....

PH Meter..

PH Meter (PH-033)
Kalis Air, Bersaiz Besar & Mudah Di Baca
Mengukur Tahap pH Air, Tanah, Baja









*maklumat tambahan
-pH sumber air yang baik : 6 - 7.5
-pH baja yang baik : 5.8 - 6.3
-pH medium tanaman/tanah yang baik : 5.5 - 7.5





Specification.
Measure Range : 0.00 - 14.00 pH
Resolution : 0.01 pH
Power Supply : 4 x 1.5v ( AG-13 Button Battery)
Accuracy : <0.1>
Calibration : Manual, at one point through trimmer
Dimension : 188mm x 35mm x 35mm
Weight : 98g
*Manual penggunaan disertakan dalam kotak..
*Manual Bahasa Melayu atas permintaan sahaja..
HARGA:
RM 160
(kos penghantaran RM 5)
(stok ada & sedia untuk tempahan)

Ikan Haruan....Segar Dari Ladang



Salam...

2 3 hari lepas...seorang sahabat saya ada menawarkan saya untuk menjadi ejen beliau untuk memasarkan ikan haruan yg mendapat permintaan tinggi..

Ikan haruan beliau mmg diakui segar terus dari ladang...mendapat permintaan tinggi di kawasan setempat beliau..


Rakan saya ini telah meluaskan perniagaan nya dgn membuka 3 buah cawangan kolam nya...

Tetapi beliau akan meluaskan lg perniagaan beliau dan meminta jasa baik saya untuk sama memasarkan hasil ikan haruan nya..

Kiranya saya ni macam pembekal ikan haruan la jugak.....

menurut beliau, benih ikan haruan juga boleh di dapati di kolam nya dengan harga yang amat berpatutan...


Saya ada mencadangkan kepada beliau untuk mengadakan kursus kepada sesiapa yg berminat dalam


"SENI MEMBELAI IKAN HARUAN"..



hehehe...cuma cadangan saya je...

Jadi dalam diary saya ni..saya dengan bangga nya declare menjadi seorg ejen pembekal benih, dan hasil haruan....

Butiran lanjut sila rajen kan diri anda untuk menghubungi saya melalui emel atau call saya di no yg ada di bawah skali....


Mengenai harga boleh dirunding mengikut kawasan yg akan di hantar...
Sekian...
Salam..

Wednesday 5 August 2009

PEMBORONG SERAI KE SINGAPURA

*dipetik dari laman sesawang sahabat pertanian
Salam Sejahtera

Saya mendapati setelah sekian lama menjalankan usaha pemborongan serai untuk dijual ke Singapura, bahawa suatu kerugian telah berlaku kepada penanam serai GAJAH bumiputera. Harga yang dijual kepada orang tengah(seperti saya) ialah antara RM1.20 - RM1.50 sekilo. Pemborong seperti saya pula menjual tak lebih dari RM2.00 sekilo kepada pemborong besar di Johor Bahru yang kemudian menjual pula kepada pembeli terus di singapura dalam matawang dollar singapura sebanyak S2.00 -S3.00 (atau RM4.50 - RM7.00) .


Harga runcit serai di Singapura ialah RM9.00 sekilo atau S4.00 sekilo.Sampai bila mereka akan terus untung besar saya pun tak tahu.Setelah mengkaji dengan teliti bagaimanakah cara untuk mengatasi perkara ini maka saya disini telah belajar dari sejarah. Mari kita lihat sejarah Syarikat Hindia Timur Belanda(VOC). Mereka telah monopoli perdagangan rempah dari Asia Tenggara kerana ada bekalan yang dikawal oleh mereka, pengangkutan (kapal laut)yang hebat dan pasaran yang luas di Eropah.Di sini saya telah belajar sesuatu.Jika kita ingin keuntungan maksimun, maka kita semua harus bersatu dibawah satu bumbung.

Anda semua yang menanam serai GAJAH saya pelawa untuk berkongsi perniagaan ini bersama saya. Pemasaran dan pengangkutan akan disediakan oleh saya. Bekalan di sediakan oleh anda. Kita tolak harga kos serai keluar dari ladang di campur dengan kos transport dan selepas itu keuntungan dibahagi dua.Anda sebagai penanam akan menikmati keuntungan yang tinggi kerana harga keluar dari ladang akan lebih tinggi berbanding jika anda menjual kepada pemborong traditional. Sebagai contoh : Harga ladang ialah RM2.00 sekilo sementara kos transport ialah 0.50 untuk setiap kilo.Harga serai yang boleh saya jual kepada pembeli terus Singapura ialah RM4.50 sekilo.Oleh itu keuntungan untuk setiap kilo ialah RM2.00. Anda ambil RM1.00 dan saya sebagai pengedar akan ambil RM1.00 untuk setiap kilo. Oleh itu jumlah pulangan sebenar kepada anda sebagai penanam serai GAJAH ialah RM2.00 (harga keluar ladang) di campur dengan RM1.00 (keuntungan dari pengedaran ke Singapura).


Anda bakal mendapat RM3.00 untuk setiap kilo.Konsep ini lebih baik dari contract farming dan jauh lebih baik dari menjual kepada pemborong dengan sistem traditional. Sebagai rakan kongsi anda berhak melihat resit jualan dan senarai pembeli(outlet) di Singapura. Pendek kata segalanya adalah telus. Suatu perjanjian hitam putih akan dibekalkan kepada anda. Perjanjian tidak mengikat. Jika saya gagal membeli, maka anda bebas menjual kepada pihak lain.Dan juga jika anda gagal membekalkan kepada saya serai (akibat dari semulajadi seperti kerosakan tanaman dan sebagainya) maka saya juga akan bebas membeli dari pihak lain. Jika berminat sila sms kepada saya di 016-7051374 (Osman)


Kebaikan Sistem Perkongsian

1) Penanam boleh mendapatkan pulangan semaksimun mungkin dari hasil jualan.


2) Penanam boleh mendapatkan pulangan mengikut harga pasaran semasa. Sememangnya harga serai keluar dari ladang telah di tetapkan pada suatu harga di dalam perjanjian. Tetapi pulangan dari keuntungan jualan akan mengikut harga semasa.


Contoh :


Pada harga jualan RM4.50, penanam / pengedar akan mendapat untung RM2.00
Pada harga jualan RM5.00, penanam/pengedar akan mendapat untung RM2.50
Lebihan keuntungan jualan sebanyak 0.50 akan dibahagi dua antara penanam dan pengedar
Oleh itu sistem ini melindungi penanam serai kerana jika berlaku penurunan harga ianya tidak akan melibatkan harga serai yang keluar dari ladang. Penurunan harga cuma mengakibatkan kekurangan keuntungan dari segi jualan. Tetapi jika berlaku kenaikan harga, penanam serai akan menikmati hasil yang lebih tinggi dari keuntungan pengedaran.


3) Bagi pihak pemborong pula tetap terdapat kelebihan. Pemborong akan berkongsi risiko pengedaran bersama penanam. Risiko yang dimaksudkan adalah terma pembayaran dari pihak pembeli. Apabila terlalu ramai pembeli yang berdaftar dengan pemborong, sudah tentu bukan semuanya akan membayar secara COD (tunai). Sebahagian akan membayar secara bertempoh. Ada yang membayar selama 3 hari atau 7 hari. Semakin besar sesebuah syarikat, maka semakin lama masa yang diperlukan untuk membayar.Ini adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Dan di sini juga orang Melayu di kalahkan dalam "perang pemborongan". Modal yang kecil dari pemborong Melayu mengakibatkan mereka hanya dapat bermain di "tepi" sahaja berbanding bangsa asing yang memiliki modal besar. Malahan mereka sanggup menerima terma pembayaran sehingga 30 hari dari Pasar Raya besar seperti Tesco, Giant dll.


Dalam sistem perkongsian, penanam dan pengedar akan bersama-sama menguruskan pembayaran dari pihak pembeli. Jika pembeli tidak membayar secara COD, maka kedua-dua pihak akan bersama-sama menunggu sehingga pembayaran di keluarkan oleh pihak pembeli seperti yang telah di persetujui sebelum urusniaga. Ada kilang yang menawarkan COD tetapi ada juga yang menawarkan pembayaran bertempoh selama 3 hari atau 7 hari. Tetapi jika pembelian Pasar Borong terma pembayaran adalah COD sahaja. Dengan demikian pihak pemborong seperti saya akan memiliki kelebihan untuk mendapatkan seberapa ramai pembeli tanpa risau memikirkan mengenai modal pusingan tunai. Oleh yang demikian daya saing yang tinggi akan wujud di sini. Apabila saya telah memiliki bekalan yang banyak disertakan pula dengan pembeli atau pasaran yang banyak, maka saya telah mendapatkan 3 syarat yang cukup sepertimana yang saya nyatakan seperti diatas.


Saya ulangi sekali lagi syarat untuk menguasai usaha pemborongan.



1) Kuasai bekalan
2)Kuasai pengangkutan
3)Kuasai pasaran

Baja Gunung Berapi..


Baja Mineral Gunung Berapi PROMZEO..

PROMZEO merupakan unsur mineral semulajadi yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati.
Ianya mengandungi SILIKA (ALUMINASILICATE) yang tinggi dimana ianya mampu meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman.
Disamping itu bentuk atom (honeycomb structure) yang terbentuk dalam baja ini dapat mengimbangi pengudaraan dan pengairan tanah.
Ianya juga berfungsi sebagai agen rawatan tanah dimana PROMZEO ini bertindak membetulkan pH tanah masam (pH 3.0 - 5.0) kepada tahap pH tanah subur (ph 6.0 - 7.0).
Ianya juga mengandungi
Unsur Asas Baja Makro Nutrien dan Mikro Nutrien iaitu N- (untuk penyuburan pokok dan daun) P- (menggalakkan pertumbuhan akar) dan K- (untuk penyuburan bunga dan buah.)
PROMZEO adalah produk organik semulajadi yang mana ianya tidak memudaratkan kepada manusia dan binatang dan juga tidak akan menyebabkan keracunan metal di dalam darah.



KELEBIHAN/KEBAIKAN BAJA GUNUNG BERAPI DALAM PERTANIAN:

1. Mengandungi 'Potassium' yang tinggi, berkeupayaan bertindakbalas dengan Nitrogen dan unsur mineral semulajadi utama yang diperlukan bagi menjamin kesuburan tanah.

2. Mempunyai CATION EXCHANGE CAPACITY (CEC) yang tinggi membantu mengikat ion-ion seperti ammonia untuk diserap oleh tumbuhan.

3. Merawat tanah masam dengan mengubah struktur tanah dan dapat mengekalkan tahap pH tanah berpanjangan.

4. Sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman terutama kelapa sawit pada tanah liat dan gambut, kelapa, padi, pokok buah-buahan dll.

5.Menambah daya tahan tanaman dan dapat mengurangkan serangan penyakit.

6. Memaniskan hasil buah-buahan, serta menambah berat hasil tanaman

7. Meningkatkan pH, KTK, N, Ca. Mg dan K dalam tanah.

8. Meningkatkan efisiensi organik sebagai penyedia unsur (N,K,dll).

9. Meningkatkan penyerapan air.

10. Mengendalikan racun dari unsur aluminium.


PENGGUNAAN BAJA PROMZEO
PROMZEO boleh digunakan di dalam pelbagai bidang dan ianya tidak terhad di dalam bidang pertanian sahaja.

Bidang Ternakan
PROMZEO juga boleh digunakan sebagai mineral tambahan untuk ternakan terutamanya ayam, biri-biri, lembu dan ternakan lain. dengan campuran 5% - 10% PROMZEO didalam makanan, ianya akan meningkatkan berat dan kesuburan ternakan sehingga 20% - 30% dari keadaan biasa



Bidang Perikanan dan Penternakan Udang
PROMZEO digunakan di dalam bidang ini kerana berupaya menyerap
unsur atau kandungan toksid & ammonia di mana ianya boleh meningkatkan saiz tumbesaran ikan dan udang. Selain itu ia meningkatkan tahap kebersihan air di dalam kolam ternakan sekaligus boleh memanjangkan jangka hayat ternakan ikan & udang.


Industri Rawatan Air
Kadar "ion-exchange capasity" yang tinggi di dalam PROMZEO dan kombinasi dengan unsur elemen di dalamnya dapat menyerap dan mengurangkan kandungan besi dan metal serta ammonia dan nitrat di dalam air. dengan ini PROMZEO adalah satu perantaraan yang unik di mana ianya dapat menghalang pencemaran air.


Lapangan Golf
Dalam pengurusan pembinaan lapangan golf atau
penyelenggaraan padang rumput, penggunaan PROMZEO dalam struktur tanah adalah begitu baik kerana PROMZEO mampu meneutralkan kandungan kimia di dalam tanah dan bertindak balas dengan mineral tanah menyebabkan tanah menjadi subur. Ianya boleh menstabilkan pertumbuhan dan mempertingkatkan kualiti padang rumput



PERTANIAN & PENTERNAKAN SATU PERNIAGAAN


ASLI atau TIPU
Inilah yang dikatakan strategi pemasaran yang biasanya dilakukan oleh peniaga baja PROMZEO. Ada yang ikhlas dan ada yang cuba untuk menipu dan mengaburi mata pembeli dengan mencampurkan bahan-bahan lain yang kelihatan seperti PROMZEO. Bagaimana nak tahu? Minta maaf saya katakan terlebih dahulu, anda MESTI mencubanya dan melihat hasilnya sendiri. Dengan itu berhati-hatilah dalam membeli baja PROMZEO pada masa kini. Kalau boleh dapatkan nasihat daripada orang yang telah mencuba dan mendapat hasil seperti yang diharapkan. Jika anda TERKENA dengan tipu helah PROMZEO campuran, hasil tanaman anda tidak akan menampakkan sebarang perubahan/perubahan ketara. Saya sendiri telah menggunakan produk ini kepada tanaman saya dan hasilnya amatlah berpuas hati, lalu saya memperkenalkan kepada rakan-rakan pertanian saya termasuklah jiran tetangga saya dan mendapat feedback yang amat positif.Jadi, pastikan anda dapatkan baja yang asli!

Mengapa ANDA disini?
Tujuan anda disini tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai seorang 'pelanggan'. Saya tidak kisah samada anda merupakan pengedar baja, pengedar BAJA GUNUNG BERAPI, pelajar, ataupun sekadar ingin mengetahui apa itu BAJA PROMZEO. Bukan niat saya semata-mata untuk membuat perniagaan disini, tetapi sudah menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi mengenai apa yang saya tahu mengenai khasiat keberkesanan dalam menggunakan baja ini.

Harga JUALAN Pek 1KG (Seperti dalam gambar diatas)
RM2.00 SAHAJA!

Harga JUALAN 1 GUNI 25 KG
RM 35.00 SAHAJA
(TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN)

Tuesday 4 August 2009

Salam Perkenalan.....

Assalamualaikum..

Bermulanya hari ini penuh cita cita saya yang sentiasa tersemat kemas di hati ingin mengubah nasib diri dan juga nasib bangsa saya di bumi bertuah ini...

Kelahiran blog ini adalah manifestasi saya untuk menjayakan diri ini dalam bidang pertanian yang sememangnya amat saya minati sejak dari kecil lagi..

Bidang pertanian adalah satu bidang yang terlalu luas..
Seluas air di lautan, luas itu juga lah bentuk pertanian di muka bumi ini..

Hari ini baru permulaan, hari semalam jadikan pedoman untuk menanti hari esok yang penuh cabaran...